Tuesday, October 19, 2010

AKU TETAP BERSYUKUR...

Hidup di bumi Aussie yang tak menentu cuacanya ini cukup mencabar. Terutama dari segi makanan. Bukan nak memilih atau merungut, tapi kebanyakan pilihan yang ada membuat kita cepat jemu, dan kadang-kadang langsung tak menepati citarasa. Hidup setiap hari berbekalkan KEBAB Mak Cik Darling, cuba mengubah selera ke PIDE ataupun GOZLEME, mahupun menjamah Mexican Food dengan TACOS dan NANCOS nya. Mungkin kita perlu makan NASI!!

Bila fokus berubah pada NASI, fikiran automatik ke arah restoran MASTI. Dengan berbekalkan kad setia pelanggan bagi menukarkan belian terkumpul dengan satu hidangan percuma, pilihan yang ada cuma BRIYANI dan 3 CURRIES. Habis lapan belian, percuma satu hidangan. Habis bau kari lekat satu badan.

Takpun cuba menjadikan diri lebih Aussie Boy dengan makanan segera. OPORTO menyediakan ROASTED CHICKEN dengan CHIPS. VEGGIE BURGER di HUNGRY JACKS pun tersenarai, juga datang dengan CHIPS. Atau kita beralih kepada ikan, ya ikan, yang digoreng CRUMBED juga dengan CHIPS. Ramai rakan-rakanku yang dah makin gebu juga macam CHIPS.

Teringat, makanan yang selalu menjadi pilihan ramai ketika di PENANG, terutama bersama rakan-rakan. Alangkah bahagianya..... JOM kita turuti senarai TOP 5 tempat makan paling dirindui dan dikehendaki...

TEMPAT KE-5
NASI AYAM MISAI....
Gerai yang terletak di Kompleks BJ ini menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu. Dengan berbekalkan sos dan kicap istimewa, pastinya menjadi santapan ramai hingga ada yang take away.

TEMPAT KE-4
NASI KANDAR
Tak kisahlah mahu Pelita, Subaidah atau Line Clear, masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri. Bukan Nasi sahaja yang ditagih, Roti Canai, Naan Tandoori mahupun Roti Helikopter menjadi igauan setiap hari. Dibuka 24jam, ia menjadi destinasi persinggahan ketika balik karaoke ataupun menonton bola.

TEMPAT KE-3
HAMMER BAY QB
Ini antara tempat makan seafood yang sering dikunjungi, selain dari PAK HUSSIEN TOMYAM. Di sini selalunya akan sesak sekitar malam terutama hujung minggu. Antara makanan wajib tempah disini adalah ikan bakar, sotong goreng tepung, dan lai chi kang.

TEMPAT KE-2

CENDOL HALALAN TOYIBA...
Walaupun gerai-gerai yang tak seberapa indahnya, namun makanannya terbaik. Dari cendol pulut, ke char kuay teow, mahupun laksa atau pisang goreng, gerai ini menjadi tumpuan penduduk kota ketika pulang dari kerja. Santapan minum petang kami sentiasa dilengkapi dengan juadah-juadah di sini dengan harga yang berpatutan dan pastinya kepuasan.

JUARA

BURGER MAMU
Sesiapa saja pasti akan terigau-igau akan kesedapan BURGER MAMU. Antara peniaga yang paling friendly pernah kami kenal, mamu sentiasa melayan pelanggannya dengan baik. Tanya sahaja pada pelajar-pelajar lelaki, siapa yang tak kenal akan kesedapan Burger ini. Ianya pasti menjadi hidangan kami hampir setiap malam. Hinggakan kek hari jadi pun kami sanggup tukarkan dengan burger MAMU...oh Rindunya.....


*Bukan merungut, sekadar berkongsi perasaan...(Rindu Giler Double Daging MAMU...ARGHHH)

10 comments:

  1. terbaekkk~~~ rindu mamu wehhhh.. huhu.. best post ko :D

    ReplyDelete
  2. aku benci post ni! lapar! rindu makanan! and oh, aku taknah makan burger MAMU!!

    ReplyDelete
  3. pidi: tu r rindu gler weh

    meen: hahaha rugi r duk 2 tahun lebey kat penang tp x pernah mkn...xpe balik nanti u should try

    ReplyDelete
  4. agk r aq pown x penah rse burger mamu tu huhu, sius windu kowt mkn burger lapo dh aq haha

    ReplyDelete
  5. aku dengar nasik ayam misai bela hantu tak silap aku...

    ReplyDelete
  6. masu: rugi r x ase begi mamu

    baby: ko balik msia kew? hahaha statement antu tuh ak x sure...tp ramai je mkn...hahahaha

    ReplyDelete
  7. giler berlemak burger mamu tu...waaaa.....lapo2

    ReplyDelete
  8. Apa ke jahat sangat rupa burger tu? Burger ke telur bungkus?

    ReplyDelete
  9. wow... aku harap aku tak terlambat nak komen kat sini? belom 2012 kan?.. haha

    i think next month ko bleh makan dah benda2 tu semua. semula. ekeke ^^

    ReplyDelete